Rabu, 17 Jun 2009


Rajah 1 - Wang kertas satu dollar Amerika
Beberapa bulan yang lalu, saya serta beberapa rakan telah berbincang secara tidak langsung diluar internet tentang simbol-simbol yahudi, Freemason, Illuminati, logo sektor korporat dan sebagainya. Sudah tentu tajuk yang paling menarik yang biasa menjadi perbualan kebanyakan pengkaji ialah simbol piramid yang terdapat di dalam wang kertas satu dollar Amerika. Jadi, saya akan cuba kaitkan dengan beberapa teori tambahan selepas perbincangan tersebut hasil dari kajian lanjutan saya.

Rajah 1 - Wang kertas satu dollar Amerika

Menurut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji, simbol dan maksud tersirat yang terkandung dalam gambar di atas ialah seperti berikut:
1.
13 tingkat piramid, di mana nombor 13 selalu dikaitkan sebagai nombor yang tidak bertuah (akan tetapi, ianya bertuah hanya untuk kumpulan mereka sahaja).
2.
Simbol mata satu (
Eye of Providence), ditafsirkan oleh barat sebagai tuhan yang sentiasa melihat kelakuan manusia. Bagi umat Islam, ianya merupakan simbol dajjal.
3.
Penguasaan regim zionist/yahudi yang belum selesai (simbol mata satu dilihat belum bercantum dengan 13 tingkat piramid tersebut)
4.
Kedatangan "penyelamat" kepada zionist/yahudi yang ditunggu-tunggu. Apabila simbol mata satu bercantum dengan 13 tingkat piramid, maka "penyelamat" (sebenarnya dajjal atau antichrist) sudah datang.
5.
NOVUS ORDO SECLORUM, bermaksud "A new order of the ages.", akan tetapi boleh juga disama ertikan dengan maksud "New World Order".
6.
ANNUIT COEPTIS, bermaksud "Approve Undertake". Erti yang mudah ialah "He approves (or has approved) [our] undertakings."
7.
THE GREAT SEAL. Simbol piramid dengan mata satu ini merupakan bahagian belakang cop mohor atau Great Seal of the United States.
8.
MDCCLXXVI, bermaksud 1776 iaitu tahun kelahiran organisasi Bavarian Illuminati (Order of the Illuminati) yang diasaskan oleh
Adam Weishaupt. Illuminati ialah golongan tertinggi dalam hirarki pertubuhan Freemason.
9.
"IN GOD WE TRUST…..ONE" (Rajah 2). Kepercayaan kepada tuhan yang satu. Masalahnya, pemahaman tentang ‘tuhan’ tersebut dibawa oleh Amerika. Jadi, ayat sebenar yang sepatutnya berbunyi begini "IN GOD DAJJAL WE TRUST…..ONE" (kerana dajjal amat meminati konsep One World Religion, One World Government, iaitu agenda New World Order).
10.
ONE (1) membawa erti "Yang Satu (Dajjal)". Bagi masyarakat kristian barat (yang hanya melihat dari sudut hadapan sahaja), mereka menganggap ONE ialah kedatangan Jesus sebagai penyelamat di masa hadapan. Hanya wang kertas satu dollar saja yang terlibat dan tidak pula bagi wang kertas yang lain. Ini disebabkan wang kertas lain bernilai (sebagai contoh) USD10, USD50, USD100 (angka yang tertera di dalamnya). Maka, lebih "bertenaga" sekiranya menggunakan wang kertas berangka 1 (USD1).

Rajah 2 - Bahagian belakang wang kertas satu dollar Amerika

Rajah 3 - Great Seal of the United States (Gambar kiri: bahagian hadapan Great Seal.Gambar kanan: bahagian belakang Great Seal)
RAHSIA SEBENAR (SEKADAR PENDAPAT SAHAJA)

"To Create Fear"

Bagi saya, dajjal merupakan seorang yang hebat dalam permainan ilusi dunia walaupun ramai yang tidak setuju tentang kepakaran dajjal dalam ilmu ilusi. Dajjal memperhebatkan kekuatan manipulasi ilusi adalah kerana dajjal merupakan seorang yang lemah. Setiap kali kita melihat filem-filem dari Hollywood, sering di masukkan dialog-dialog yang harus mempunyai perkataan (agensi dalam kerajaan US) seperti:
Sebutan perkataan-perkataan tersebut berkait rapat dengan subconcious mind seperti yang saya nyatakan dalam artikel "Risalah Dajjal". Matlamat utama ialah "To Create Fear".
Jadi, golongan dajjal ini ‘memegang’ realiti sebenar ilusi optik mata manusia dengan memanipulasikannya dan dipertontonkan kehebatan angkatan dajjal khususnya di media elektronik. Contoh yang dapat mengkaitkan "To Create Fear" ialah babak kemusnahan bangunan Capitol Hill di dalam filem Die Hard 4.0. Pada mulanya, hero filem tersebut sedang melihat dan mendengar ugutan penjahat yang disiarkan melalui TV sambil mereka menunjukkan bangunan Capitol Hill. Tiba-tiba sahaja, bangunan tersebut dimusnahkan oleh penjahat tersebut (ditunjukkan dalam TV itu). Menyedari yang beliau berada berdekatan dengan bangunan Capitol Hill, heronya berlari keluar dan melihat dengan mata kepala sendiri status bangunan yang ‘dimusnahkan’ itu. Ternyata tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Apa yang boleh dilihat ialah, beberapa muka manusia yang dalam ketakutan sewaktu kejadian tersebut berlaku. Penipuan ilusi mata atas tujuan "To Create Fear".
Apabila ada pihak yang cuba menentang golongan dajjal ini, pada tahap awal lagi mereka akan merasakan:
lemah kerana dalam minda sudah wujudnya bayangan model jet fighter US sarat dengan peluru berpandu dan berteknologi tinggi melebihi dari mana-mana teknologi di dunia ini.
lemah kerana dalam minda sudah wujudnya bayangan teknik kombat yang diamalkan oleh askar US (pelakonnya ialah John Rambo).
lemah kerana dalam minda sudah wujudnya bayangan pelbagai agensi yang terdapat di dalam kerajaan US yang dirasakan "sangat hebat".
banyak lagi….

One Point Perspective

Rajah 4 - Pandangan "One Point Perspective"

Apabila manusia melihat sebagai contoh Rajah 4 atau Rajah 5, pandangannya harus melibatkan One Point Perspective. Maksudnya, harus wujudnya dinding kiri dan kanan, lantai dan syiling. Rajah 4 menunjukkan "One Point" tersebut. Mana mungkin wujudnya hanya dinding kiri, dinding kanan dan syiling tanpa lantai. Lukisan perspektif ini biasa difahami oleh pelukis-pelukis.

Rajah 5 - Koridor

Rajah 5 iaitu sebuah koridor menunjukkan satu bentuk lakaran perspektif mudah. Jika diamati, korridor ini membentuk sebuah piramid yang dilihat dari tapak. Untuk memudahkan pemahaman, anggap sahaja seperti melihat dari atas piramid seperti contoh dalam Rajah 6 dan 7.

Rajah 6 - Koridor dengan lakaran piramid
Rajah 7 - Piramid yang dilihat dari atas

Rajah 8 menunjukkan hubungkait pandangan mata manusia yang berbentuk perspektif piramid yang dilihat dari tapaknya. Pandangan mata manusia mustahil berbentuk perspektif segiempat panjang dan sebagainya.

Rajah 8 - Pandangan berbentuk piramid

Jadi, saya beranggapan bahawa (pendapat sahaja), piramid kecil dengan mata satu yang terpisah dari 13 tingkat piramid yang terdapat pada wang kertas satu dollar Amerika adalah bersamaan dengan operasi memanipulasi deria mata oleh golongan dajjal untuk menguasai manusia. Contoh kepada perkara ini boleh merujuk Rajah 9.

Rajah 9 - Pandangan mata manusia yang dipisahkan dari pandangan realiti sebenar

Golongan dajjal telah dan sedang cuba memisahkan manusia dari pandangan realiti alam yang sebenar. "Kawalan pemisahan" ini sedang dikawal oleh golongan-golongan elit tertinggi seperti Illuminati dan Freemason melalui media hiburan dan elektronik, teknologi serta dakyah palsu.
Dan juga, disebabkan berlaku "pemisahan dengan realiti sebenar", maka wujudlah pelbagai gambar dan imej seperti contoh korridor dalam Rajah 5 yang menunjukkan terdapatnya pintu untuk keluar dari pandangan yang telah dimanipulasikan ini. Wallahu’alam.
p/s: Agaknya, apa yang ada di kawasan luar pintu koridor? Sama-samalah kita fikirkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan