Sabtu, 3 Januari 2009

Pesanan Buat Suami Bila isteri Berleter™



Selepas makam malam bersama-sama dengan isteri dan

anak-anak, kita pun seperti biasalah, mengadap tv atau

komputer. Tersentak kita! apabila isteri berlalu di belakang

merungut-rungut kerana anak-anak kita tak mahu dengar

cakapnya. Kita sabarkan telinga dengan alasan dah

memang perangai anak kita tu begitu.

Tersentak lagi kita kali kedua apabila nama kita disebut-sebut

dalam rungutannya itu walaupun sebutannya tidak sejelas pembaca

berita buletin utama. Isu yang jelas dibawa oleh isteri kita semasa

rungutannya kali ini ialah tuala mandi yang kita pakai tadi terjelepok

di atas katil, stokin kita bersepah-sepah di bawah sofa, misai dan

janggut yang kita "trim" di depan cermin di atas meja "soleknya" itu

tidak kita bersihkan.... Kunci kereta kita baling aje di atas meja

depan. Dia amat bimbang, besok pagi kita juga yang "hot" kelam

kabut mencarinya kerana telah dibaling ke tempat lain oleh anak

kecil kita.

Bagaimana boleh terjadi demikian?

Isteri kita sayang kepada kita. Dia amat perihatin akan tingkah laku

kita. Dia mahukan kita menjadi seorang suami mithali baginya dan

anak-anaknya. Dia mahukan setiap tingkah laku kita boleh menjadi

ikutan oleh anak-anaknya. Paling kurang dia akan menggunakan

kebaikan tabiat kita semasa dia memberi nasihat kepada

anak-anaknya. "Baby, cuba ikut macam abah, dia gantung baju dan

seluarnya dengan kemas di rak baju tu selepas balik dari kerja. Kan

ke senang nak pakai besok pagi nanti. Tak le kelam-kabut sangat...

ini macam kapal karam aje bilik ni ....."

Bagi diri kita pula, perangai dan tabiat masa kita muda-muda dulu

atau semasa bermanja-manja dengan emak, masih kita anutihingga

sekarang. Seperti contoh, baling saja uniform selepas balik dari

sekolah. Bila pagi esoknya, senang-senang minta dari mak.

Disebabkan mak kita dulu tidak bekerja, maka dengan lemah

lembutnya dia cari dan berikan kepada kita. Sekarang, kita pun nak

bermanja dengan isteri seperti mana kita bermanja denganemak

kita dulu lah tu. Kita baling saja baju, seluar, tali pinggang, stokin,

kunci kereta etc.... di atas katil selepas balik dari kerja. Esok

paginya kita mengharapkan kekasih kita itulah tolong carikan stokin

yang kita baling semalam untuk kita. Waktu ni, dia pun sibuk juga

nak streka bajunya, tudungnya (bagi yang kerja) nak mencari stokin

anak-anak, cari pensil anak-anak etc...,.. akhirnya kita tension - dia

pun tension.

Jadi, tiada cara lain baginya melainkan, mengulangi "nasihatnya"

dari masa ke semasa secara lisan (berleter) agar suami yang

tercinta itu sedar dalam kelenaan tabiat lama dan mahu merubah

tabiat itu. Memang inilah sahaja "senjata" yangpaling berkesan yang

selalu digunakan oleh isteri kita. Kita akan terus "tersedar" jika dia

berleter. Jika kesedaran kita tu hanya berubah sehari dua sahaja

dan kita ulangi tabiat buruk tu pada hari ketiganya, maka dia akan

berleter menggunakan "machine gun" pula. Begitulah seterusnya

sehingga kita benar-benar telah berubah kepada tabiat yang dia

inginkan.


Oleh itu, bila dia berleter, semak diri kita. Betul tak apa yang

dileterkan itu? Jika betul, bersabarlah, niatlah dalam diri kita untuk

berubah demi kesukaan dan kesenangannya jua. Baginda SAW

pernah bersumpah untuk mengharamkan makan madu atas dirinya

semata-mata untuk menyukakan hati isterinya. Namun ditegur oleh

Allah SWT. Poinnya di sini ialah, Baginda SAW sentiasa cepat

melihat diri sendiri dan cuba sedaya upaya merubah tabiatnya

semata-mata untuk menghiburkan isterinya.

"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah

menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati

isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang." At-Tahrim:1


Jadi setiap kali dia berleter, semak diri kita... jika betul, kita ubahlah

perangai. Akhirnya nanti, tiada poin untuk dia berleter.... kita pula

yang rindukan leterannya, kita buat perangai lain yang dia tak suka,

dia berleter lagi... Maka begitulah hidup berkeluarga... Sentiasa

diuji. Hanya suami yang bersabar dan menguruskannya sebaik

mungkin terhadap perkara yang dia benci terhadap isterinya itu

sahajalah yang mendapat kebaikan yang banyak dari Allah SWT.

(Lihat An Nisa:19)

wassalam

Nurkilan Ustz Muda5454™

Tugas Dakwah Bukan Kerja Sampingan™

Ketika zaman bujang atau ketika melalui zaman pengajian, berkecimpung di bidang da’wah sebenarnya masih ringan. Waktu itu kita belum dibebani tanggungan keluarga, masih belum diharuskan mencari rezeki, dan masih mudah melangkah di jalan da’wah tanpa ada ikatan dan tekanan atau gangguan. Setiap program usrah dan tarbiyyah jarang kita lepaskan. Akan tetapi apabila kita telah lulus dari sekolah atau pusat Pengajian Tinggi dan terikat dengan suatu pekerjaan atau menjawat suatu jawatan, mulailah merasakan adanya ikatan dan kewajipan-kewajipan tertentu pada jawatan yang harus dijaga. Kemungkinan perasaan seperti itu mendorong seseorang daei itu untuk membatasi kegiatan da’wahnya dan mengurangi jihadnya, memperlambat kegiatan dan langkahnya di jalan da’wah. Dan ada kalanya, bahkan langsung berhenti di tengah jalan dan tidak mahu meneruskan perjalanannya di bidang da’wah.

Sesungguhnya, di sinilah pentingnya iman dalam perjuangan ini. Iman yang perlu digilap setiap masa. Jika tidak mempunyai iman yang teguh, aqidah yang mantap dan tekad yang kukuh, pastilah kita tidak akan mampu melintasi rintangan dan halangan itu. Kekuatan imanlah yang akan memudahkan kita meneruskan perjalanan da’wah Islam ini dengan penuh keyakinan bahwa Allah SWT yang menjamin rezeki kepada hambaNya. Jawatan dan pekerjaan itu hanyalah satu alat untuk dipergunakan dalam mencapai dan merealisasikan cita-cita di dunia ini untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Oleh kerana itu wasilah (alat) yang tertentu tidak boleh diubah menjadi rintangan yang menghalangi untuk mencapai tujuan dakwah yang murni itu.

“Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah kamu cintai lebih dari Allah dan Rasul-Nya dan (dari) bejihad di jalan-Nya, maka tunggulah sumpai Allah mendatangkan keputusan-Nya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.” (AtTaubah: 24)

“Katakanlah:”Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam.” (Al-An’aam:162)

Sedarlah, sesungguhnya diri kita, usaha dan jawatan yang disandang semuanya milik Allah SWT dan akan kembali kepada-Nya. Ia dipinjamkan kepada kita sebagai modal untuk kita laburkan. Keuntungan daripadanya itulah yang akan kita nikmati. Maka beruntunglah mereka yang menjadikan jawatan yang dibanggakan itu hanya sebagai alat untuk mencapai cita-cita dakwah yang murni.

Ustaz Muda™

Tips Untuk Wanita™

1. Saya akan menelefon awak.

2. Aku cinta padamu.

3. Hanya kau yang satu dalam hidupku.

4. Saya terpaksa melakukan kerja-kerja pejabat
sampai lewat malam.

5. Saya tidak pernah rasa begini dengan orang lain.

6. Saya tidak pernah merasa dilayani begini.

7. Awak memiliki mata yang paling cantik.

8. Tidak, saya belum belum kahwin lagi.

9. Maaf, saya tertinggal kad kredit dan dompet di
rumah.

10. Tidak ada apa-apa yang berlaku, percayalah
cakap saya.


KENALI SENJATA WANITA

Airmata

Airmata perempuan memiliki kuasa luar biasa, digunakan untuk menagih rasa belas ihsan sama ada ketika ditimpa kesusahan atau taktkala meminta sesuatu yang susah didapati.

Senyuman

Dengan senyuman manis, perempuan boleh menguasai mana-mana lelaki. Senyuman seorang isteri melembutkan hati suami yang keras atau sedang marah.

Tuturkata

Tuturkata yang manis, pandai memilih kata-kata yang manis apabila meminta sesuatu yang dihajati. Gunakanlah ia untuk menyenangkan hati dan memberi semangat kepada suami.

Berhias.

Wanita pandai berhias untuk menawan nafsu lelaki. Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gila. Sekiranya perkara sedemikian dilakukan kepada suami, tenteramlah suami ketika di rumah.

Pandai

Pandai mengambil hati untuk menarik perhatian lelaki. Apabila si isteri lakukan kepada suaminya, pasti kasih sayang akan sentiasa mekar.

Pengertian "Tiada Daksaan Dalam Islam"

Soalan:

Islam meletakkan hukum bunuh kepada umatnya yang tidak mahu kembali kepada Islam setelah murtad. Di dalam surah Al Baqarah ayat 156 ( jika tidah salah ) yang bermaksud : Sesungguhnya tiada paksaan dalam agama. Jadi persoalannya di sini, mengapa Islam mengatakan bahawa tidak ada paksaan dalam agama sedangkan apabila umatnya keluar dari Islam dan memeluk agama lain dihukumkan hukuman bunuh jika tidak mahu kembali kepada Islam setelah murtad? Saya mengalami sedikit kesukaran untuk menjawab soalan tersebut yang pernah diutarakan oleh seorang pelajar non-muslim. Jadi tolong berikan hujah-hujah yang berkesan dan lengkap untuk menjawab persoalan pelajar non-muslim tersebut.

Jawapan:

Memang diakui dalam Islam tidak ada paksaan dalam beragama. Seseorang bukan Islam tidak boleh dipaksa dengan sewenang-wenangnya supaya memeluk Islam. Sepanjang sejarahnya Islam tidak pernah memaksa seseorang memeluk agamanya secara kekerasan. Apa yang berlaku ialah ramai golongan yang bukan Islam memeluk Islam secara sukarela setelah melihat kebaikan agama Islam dan kesesuaiannya dengan fitrah semula jadi mereka. Tidak kurang juga yang memeluk Islam setelah berpuashati dengan kajian yang mereka lakukan.

Pelaksanaan hukum murtad kepada orang yang murtad sebenarnya tidak ada sangkut pautnya dengan konsep tidak ada paksaan dalam agama. Ini kerana seseorang yang bukan Islam tidak boleh dipaksa menerima Islam. Mereka bebas memilih agama yang mereka ingin anuti. Bagaimanapun setelah mereka memilih Islam, dengan sendirinya mereka tertakluk dengan undang-undang dan peraturan yang ada dalam agama Islam. Jika mereka melakukan kesilapan, mereka akan dihukum berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada dalam agama Islam. Islam ada maruahnya tersendiri. Apabila maruahnya telah dicabul, maka pencabulnya berhak mendapat hukuman setimpal menurut undang-undang Islam.

Kedudukannya tak ubah seperti seorang murid yang baru memasuki alam persekolahan. Sekolah yang dimasukinya mempunyai peraturan sendiri. Jika murid-muridnya melanggar disiplin sekolah maka pihak sekolah berhak melaksanakan hukuman ke atas murid yang melanggar peraturan itu dan perbuatan pihak sekolah ini tidak boleh dinyatakan sebagai melanggar kebebasan murid berkenaan. Jika seseorang murid boleh berbuat apa sahaja disekolah, boleh menampar dan menumbuk kawan-kawannya sendiri, malah boleh membunuh mereka dengan mudah, jelaslah sekolah berkenaan berkenaan tidak ada maruah diri dan tidak ada disiplin.

Tidak ada seorang yang berakal waras dan sihat yang ada di muka bumi ini sanggup mengatakan menguatkuasakan undang-undang bermakna menyekat kebebasan seseorang. Kebebasan murid berkenaan berbuat demikian akan menimbulkan kemusnahan kepada sekolah berkenaan dan akan menjejaskan nama baiknya sendiri. Andaikata menguatkuasakan undang-undang itu dikatakan menyekat kebebasan, sudah pasti menangkap para perompak dikatakan menyekat kebebasan perompak itu sendiri untuk menjalankan aktivitinya.

Dalam dunia hari ini Allah SWT menciptakan alam cakerawala dengan peraturannya sendiri. Bulan bebas berputar, begitu juga dengan matahari, namun putaran bulan dan juga matahari adalah di atas paksi masing-masing sesuai sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Andaikata Allah SWT membiarkan matahari bergerak bebas tanpa undang-undang yang mengawalnya, sudah pasti akan mendatangkan kemudaratan yang cukup besar kepada alam maya ini.

Sehubungan dengan itu Islam juga mempunyai peraturan dan maruah serta kehebatannya tersendiri. Jika seseorang boleh saja memeluk dan keluar dari Islam dengan mudah, sudah pasti mencemarkan nama baik Islam itu sendiri, kerana itu yang terlibat berhak menerima hukuman-hukuman yang setimpal termasuklah hukuman hudud kerana murtad.

Hukuman ini tidak bertentangan dengan konsep bebas memilih agama. Tambahan pula Islam adalah satu agama yang sudah lengkap merangkumi soal-soal hubungan dengan Allah, hubungan sesama makhluk, merangkumi persoalan ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, siyasah dan hubungan antarabangsa. Tidak ada satu agamapun di dunia ini yang mana syariatnya begitu syumul seperti Islam. Memilih agama lain menunjukkan pemilihnya tidak menggunakan akalnya sesuai dengan fitrah semula jadinya sendiri.

Satu perkara lagi konsep kebebasan itu juga perlu difahami. Apa yang didakwa oleh orang-orang barat sebagai kebebasan mutlak itu sebenarnya tidak tepat dan tidak berlaku, kerana mereka masih juga terikat dengan peraturan yang mereka buat sendiri. Kalau seseorang itu pergi ke pejabat pos untuk membayar bil elektrik, tiba-tiba ia melihat orang ramai sedang berbaris panjang menunggu giliran masing-masing untuk membayar bil-bil eletrik dan bil-bil air masing-masing, lantas kita terus ke kaunter bayaran tanpa mengikut giliran, atas nama kebebasan, sudah pasti kita akan dimarahi oleh mereka yang sedang berbaris panjang itu. Ini menunjukkan kita tidak mempunyai kebebasan yang mutlak, malah kebebasan kita terikat dengan peraturan yang dibuat.

Kalau dinilai atas nama kebebasan, maka seseorang itu boleh merogol isteri orang yang lalu lalang dihadapan suaminya dan suami tidak berhak melarangnya. Inilah yang dikatakan kebebasan sebenar, tetapi apa yang kita lihat ialah suami kepada wanita berkenaan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang merogol isterinya dan boleh jadi orang ramai yang menyaksikan kejadian itu akan turut memukulnya sehingga pengsan.

Jadilah jelaslah kepada kita melaksanakan hukum hudud murtad tidak dikatakan melanggar kebebasan seseorang, kerana kebebasan seseorang itu masih terikat dengan peraturan. Sebaliknya melaksanakan hukum hudud murtad tidak lebih dari menguatkuasakan undang-undang yang terdapat dalam agama Islam itu sendiri. (Ayat yang dimaksudkan di dalam soalan adalah ayat 256, Surah Al Baqarah)

5454™

Wanita Solehah

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau diabersolat)

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan

bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan yg menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. seperti menyapu lantai di baitullah.

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala7 tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan

memasuki syurga.

24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat,tetapiAllah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

RENUNGAN :

Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran.Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu didalam semua arah. Yang tak beriman,,bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita dikopak dua, dipisahkan dengan kasarnya,ketika kita masih hidup. Lepas tu kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai.Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki,badan,etc...Pernah tengok orang eksiden motor sampai kepala bersepai? Bayangkan kamu adalah orang itu. Dan kamu masih hidup semasa otak kamu tengah mengalir masuk loji najis/longkang2..

Wassalam..

Direct By: 5454™